Monday, September 28, 2009

Rendang Daging

Juadah pertama kusediakan untuk hari raya ini ialah Rendang Daging . Resepi asal dari Allahyarhamah emak cuma ditambah satu lagi bahan, hasil permerhatianku dari chef restaurant untuk menjadikan ianya lebih berasa. Dan sememangnya restaurant itu terkenal dengan rendang dagingnya yang enak.
Bahannya ialah.. B E L A C H A N.. (sebelum ini tak pernah masak rendang pakai belachan).

Tetapi sayang terlupa nak ambil gambar. Lain kali akan di paparkan gambarnya di sini.
Hampir 70%  telah di hantar ke rumah mak mertua setelah memasaknya. Selainnya di habiskan oleh anak-anakku sehinggakan suami ku tak sempat untuk menjamahnya.. kesian.

Rendang Daging
Bahan-bahannya:
2 kg daging lembu

bahan-bahan untuk dikisar :-
8 biji buah keras
2 inci lengkuas
2 inci halia
8 batang serai
2 inci belachan
30 biji bawang kecil @ 5 biji bawang besar

4 camb cili kering kisar
1000ml santan - 2 pkt(500ml) 
1 biji kelapa dibuat kerisik - sangar sampai perang gelap kemudian tumbuk sampai keluar minyak
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit - lipat, gulung hiris nipis
4 helai daun limau purut
2 camb gula hitam
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Masukkan daging, bahan-bahan kisar, cili kisar dan santan kedalam kuali dengan api yang sederhana besar. Kacau rata.
Bila mendidih naik minyak masukkan garam, gula hitam dan asam keping. Kacau sekali sekala, apabila kuah hampir pekat masukkan daun limau purut, daun kunyit dan kerisik. Tutup api. Sekiranya mahukan rendang yang kering bolehlah dikacau lagi diatas api yang perlahan.

No comments: