Monday, September 28, 2009

Emak..

Teringat Allahyarhamah ibuku Mariam bte Yahya, sibuk ianya menyediakan juadah hariraya.
Walau tenaga tuanya dimamah usia, bermacam juadah disediakan dari bahulu, putu kacang hijau, kuih muih hinggalah ke rendang, ketupat daun palas, wajik, lemang dan dodol.

Semua dibuatnya sendirian untuk menyambut kepulangan anak-anak yang dirinduinya dari rantauan.
Orangnya memang 'tidak tahu duduk diam' ada-ada saja kerja yang dilakukannya.
Tetapi tetap tidak pernah meninggal amal ibadatnya, solat-solat sunat, bacaan quraan dan kelas-kelas ugamanya.
Di sayangi sahabat handai jiran tetangga kerana kerendahan hati, keluhuran budi dan ramah mesranya.

Kasih sayangnya yang tidak berbelah-bagi kepada anak-anak.
Jelas terpancar keikhlasan hatinya, membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan.

Kerinduan sering mengamitmu, doa jua kutitipkan buatmu ibuku sayang. Wajah yang sering menjelma di dalam mimpiku, yang selalu ku nantikan dan yang selalu ku rindukan. Al Fatehah..


No comments: