Saturday, October 10, 2009

Soto Ayam

Ringkas menyediakannya. Gambar kuah soto, ketupat instant sedang mendidih dan ayam untuk disiat-siatkan. Seperti biasa tak ada posing untuk hidangannya.
Tu dia dengan periuk2nya sekali di atas dapur hishh.. Yang sempat jer lah yea..

Soto Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam - potong lapan
20 biji buah pelaga
6 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik

Bahan utk dikisar:
2 inci halia
12 ulas bawang putih
6 biji bawang besar
12 biji buah keras
2 camb serbuk lada sulah
2 camb jintan halus
2 camb jintan kasar
4 camb ketumbar
garam secukup rasa

Untuk hiasan :
daun sup & daun bawang - hiris halus
bawang goreng
ketupat instant/lontong dipotong dadu @ mee
bergedil
taugeh
ayam disiat-siat
sambal cili padi dicampur sedikit bawang putih dan kicap manis

Cara-cara membuatnya :
Tumis buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar, serai dan lengkuas. Tumis sampai wangi dan naik minyak.
Masukkan air dan ayam, masak dengan api yang sederhana selama setengah jam.
Keluarkan ayam, siat-siatkan.
Bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan ketupat instant/lontong/mee dan bahan-bahan hiasan yang lain.


Friday, October 2, 2009

Rendang Ayam

Masak rendang ayam ringkas cara emak senang saja, semua bahan dimasukkan ke dalam kuali, kacau sekali-sekala sampailah naik minyak. Sebelum tutup api, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus, kacau seminit dua. wallaa dah jadi pun. Nak pakai kerisik boleh, tak pakai pun takpa ..sedap juga. Kalau nak berdiet tak payahlah nak tambah kerisik lagi.. santannya tu pun dah muai dengan lemak..aduuhai la badan..
Tu dia gambar dalam kuali, tengah mendidih dan naik minyak...

Rendang Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam besar

bahan kisar:
4 @ 5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 btg serai

2 camb cili kering kisar (blh tambah sekiranya suka pedas)

500 gm santan (1 pct)
1/2 biji kelapa dibuat kerisik (optional)
3 kpg asam gelugur
2 helai daun kunyit (di mayang halus)
3 helai daun limau purut

Cara membuatnya :
Masukkan kesemua bahan2 kisar, cili kering kisar, santan, ayam dan asam keping kedalam kuali. Masak sampai mendidih hingga keluar minyak sambil di kacau sekali sekala.  Masukkan garam secukup rasa. Setelah kuahnya sedikit pekat masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seminit dua. Tutup api kemudian bolehlah dihidangkan.

Monday, September 28, 2009

Rendang Daging

Juadah pertama kusediakan untuk hari raya ini ialah Rendang Daging . Resepi asal dari Allahyarhamah emak cuma ditambah satu lagi bahan, hasil permerhatianku dari chef restaurant untuk menjadikan ianya lebih berasa. Dan sememangnya restaurant itu terkenal dengan rendang dagingnya yang enak.
Bahannya ialah.. B E L A C H A N.. (sebelum ini tak pernah masak rendang pakai belachan).

Tetapi sayang terlupa nak ambil gambar. Lain kali akan di paparkan gambarnya di sini.
Hampir 70%  telah di hantar ke rumah mak mertua setelah memasaknya. Selainnya di habiskan oleh anak-anakku sehinggakan suami ku tak sempat untuk menjamahnya.. kesian.

Rendang Daging
Bahan-bahannya:
2 kg daging lembu

bahan-bahan untuk dikisar :-
8 biji buah keras
2 inci lengkuas
2 inci halia
8 batang serai
2 inci belachan
30 biji bawang kecil @ 5 biji bawang besar

4 camb cili kering kisar
1000ml santan - 2 pkt(500ml) 
1 biji kelapa dibuat kerisik - sangar sampai perang gelap kemudian tumbuk sampai keluar minyak
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit - lipat, gulung hiris nipis
4 helai daun limau purut
2 camb gula hitam
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Masukkan daging, bahan-bahan kisar, cili kisar dan santan kedalam kuali dengan api yang sederhana besar. Kacau rata.
Bila mendidih naik minyak masukkan garam, gula hitam dan asam keping. Kacau sekali sekala, apabila kuah hampir pekat masukkan daun limau purut, daun kunyit dan kerisik. Tutup api. Sekiranya mahukan rendang yang kering bolehlah dikacau lagi diatas api yang perlahan.

Emak..

Teringat Allahyarhamah ibuku Mariam bte Yahya, sibuk ianya menyediakan juadah hariraya.
Walau tenaga tuanya dimamah usia, bermacam juadah disediakan dari bahulu, putu kacang hijau, kuih muih hinggalah ke rendang, ketupat daun palas, wajik, lemang dan dodol.

Semua dibuatnya sendirian untuk menyambut kepulangan anak-anak yang dirinduinya dari rantauan.
Orangnya memang 'tidak tahu duduk diam' ada-ada saja kerja yang dilakukannya.
Tetapi tetap tidak pernah meninggal amal ibadatnya, solat-solat sunat, bacaan quraan dan kelas-kelas ugamanya.
Di sayangi sahabat handai jiran tetangga kerana kerendahan hati, keluhuran budi dan ramah mesranya.

Kasih sayangnya yang tidak berbelah-bagi kepada anak-anak.
Jelas terpancar keikhlasan hatinya, membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan.

Kerinduan sering mengamitmu, doa jua kutitipkan buatmu ibuku sayang. Wajah yang sering menjelma di dalam mimpiku, yang selalu ku nantikan dan yang selalu ku rindukan. Al Fatehah..


Wednesday, September 16, 2009

Tat Nenas

Tat nenas yang simple, cuma pakai terap sebab tak kuasa nak sepit-sepit, tempekkan saja intinya banyak-banyak. Buat besar2 dari yang biasa supaya cepat habis. Sekarang pun di mana-mana terutama di Geylang kelihatan tat nenas nya besar2 belaka dengan intinya yang menimbun.

Disini dilampirkan gambar2 tat nenas sebelum dan sesudah dibakar seterusnya dimasukkan ke dalam bekas.

Seperti biasa inilah gambar tangkap muat yang tak stail langsung, tapi bolehlah tu..
Bahan-bahannya :
1 kg tepung gandum (boleh dikurangkan secukup lembut)
2 buku (500 gm) mentega
2 biji kuning telur
1 sudu besar gula custor
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:
Mentega dan gula di kacau sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla kacau rata. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu doh yang lembut. Canai kemudian terapkan, letakkan inti nenas di atasnya. Bakar lebih kurang 25 min dengan kepanasan lebihkurang 150 C.

Inti Nenas
Bahannya :
4 biji nenas yang agak masak
Gula secukupnya (bergantung pada kemanisan nenas)
1 inci kulit kayu (jika suka)
4 kuntum bunga cengkih (jika suka)

Caranya:
Nenas di parut dimasak diatas api yang sederhana. Kacau hingga airnya hampir kering kemudian masukkan gula pasir. Kacau hingga larut dan rata. Apabila masak dan berwarna perang bolehlah diangkat dan disejukkan.

Tuesday, September 15, 2009

Biskut Makmur.

Makmur., begitu makmur rasanya. Resepi orang lama yang sentiasa mendapat perhatian para tetamu tua dan muda selain dari biskut tat nenas. Arwah mak suka letak color hijau pada biskut ini, cantik katanya. Hijau apple lembut dipandang mata, selembut dan seenak rasanya. 

Bahan2nya:
800 gm tepung gandum
200 gm mentega
250 gm minyak sapi
2 biji kuning telur
2 ct gula halus
1 ct esen vanila
Pewarna hijau

Untuk intinya:
300 gm kacang tanah (sangar & buang kulitnya lalu tumbuk kasar-kasar)
100 gm gula
kedua-duanya digaul rata.

Saduran:
Custor sugar secukupnya

Caranya:
Satukan mentega & gula kacau hingga sebati, kemudian masukkan minyak sapi, esen vanila, pewarna hijau kacau hingga rata.
Akhir sekali barulah dimasukkan tepung & uli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan & isikan inti kacangdan gula kedalamnya. Sepit & bakar dlm ketuhar.
Sejukkan kemudian golekkan di atas gula custor.

Cornflakes Chocolate Macaroons

Lagi biskut raya .. Yang ini paling senang membuatnya, rasa rangup ada chocolate chip dan kacang badam didalamnya. Muai, pejam mata pun boleh jadi.. Boleh cepat habis ni..krup krap hilang..
(Bro Rozzan)
Bahan-Bahan
225 gm corn flakes (atau almond flakes) -
180 gm choc renchoco/choc chips/grated choc - saya pakai choc chips Hershey
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:
Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( spt badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).


Sunday, September 13, 2009

Biskut London Almond

Tengahari buat sejenis lagi biskut yg wajib dibuat bila hari raya selain biskut tat nenas dan biskut makmur. Ini yang anak2 suka. Yang sekecil tu pun suka.. sama dengan maknya yang memang hehehe hantuu coklat. Pantang tengok coklat, itulah pembawaan dari muda sampailah  ke tua . Tak jemu-jemu,,sebut jer coklat dah terbayang keenakkannya. Ingatkan bila dah tua selera pun berubah, tapi yang pastinya masih selera awet muda. hemm.



Biskut London Almond
Bahan-bahannya:
250 gm mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
120 gm gula halus
500 gm tepung gandum
½ st esen vanilla
300 gm badam – pilih yang kecil2 (bakar selama 10 min)
Secukupnya badam cincang – sangar sedikit.
Coklat masakan – double boil.

Caranya:
Mentega, kuning putih telur, gula dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga rata.
Ambil sedikit adunan tepung balutkan pada sebiji badam. Ulang sampai habis.

Bakar dlm ketuhar 160 C selama 15 – 20 min.
Bila sudah masak, keluar dan sejukkan. Ambil sebiji celup kedalam coklat cair masuk kedlm mangkuk kertas kemudan taburkan badam cincang. Ulang hingga habis.

Biarkan sejuk dan beku, barulah disimpan kedalam botol.

Thursday, September 10, 2009

Ku kembali lagi..

Hampir setahun tidak "update" blog ini. Hanya menjadi pemerhati pada blog2 yang lebih senior dlm bidang masakan dan resepi mereka yang tak terkata banyaknya. Jenguk saja sudah memadai, siap dengan gambar/fotonya sekali. Terima kasih kepada insan2 ini.

Untuk hidangan keluarga pula, aku masak serba ringkas saja.. tidak seperti dulu. Hatta dalam keluarga ini ada yang ter"over weight", makin sedap dan enak masakan maka makin rancaklah hayunan tangan menyuap ke mulut. Awas..haizz.

Sempena menyambut Syawal ini teringin pula nak menyumbangkan beberapa resepi di lelamanku yang tak seberapanya ini. Mungkin untuk tatapan diriku saja atau ada yang tersesat "surfing" singgah ke sini hemm..

Resepi Choc.chips Amos tu telah lama dalam simpananku, entah dari mana sumbernya. Tapi memang sama rasanya seperti di kiosknya kata anak perempuanku. Sukses..