Friday, June 12, 2015

Congo Bars.

Pertama kali buat congo bar..resepi google jer.. mcm2 versi. Resepi ini sudah lama ribut di internet.. baru skrg ada kesempatan nak buat. Mintak halal pada yg empunya resepi ni, dah lupa dari blog mana.. main salin jer kat buku resepi antik ku tu. Feedback dari anak baik.. marbeless.. sedap. Berulang-ulang kali makan sampai sapu licin.. maklumlah anak ramai.. sedap tak sedap semua habis.. tak rugi buat.
Mi ni tengah diet Atkins tak dptlah rasa.. tengok-tengok jeling-jeling jerlah anak-anak makan. Diet atkins ni tak boleh ambil karbohidrat dan manisan tu.. kalau ambil, maka takkan berlakulah Ketosis. Maka fail lah diet tu. Tapi takpa semangat mesti kuat, kalau tak..bila badan ku ni nak ringan. Jamu mata jerlah yea..
Congo Bars
Congo Bars ni pula di buat selepas dua hari kemudian. Tergareng sedikit.. kata Congo Bars..bukannya kek. Texture nya antara kek dan biskut. Tapi rasa tetap marbeles.

Friday, April 13, 2012

Mak, you're no.1 for me..♥

Walaupun emak telah lama meninggalkan kami tetapi kenangan bersamamu tetap segar di dalam ingatan.
 

Pau Goreng inti kacang merah.



Pau sebelum naik.

Sebahagian digoreng separuh masak, untuk di frozenkan.

Selebihnya digoreng hingga kekuning-kuningan.  Siap untuk dihidang.







Saturday, October 10, 2009

Soto Ayam

Ringkas menyediakannya. Gambar kuah soto, ketupat instant sedang mendidih dan ayam untuk disiat-siatkan. Seperti biasa tak ada posing untuk hidangannya.
Tu dia dengan periuk2nya sekali di atas dapur hishh.. Yang sempat jer lah yea..

Soto Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam - potong lapan
20 biji buah pelaga
6 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik

Bahan utk dikisar:
2 inci halia
12 ulas bawang putih
6 biji bawang besar
12 biji buah keras
2 camb serbuk lada sulah
2 camb jintan halus
2 camb jintan kasar
4 camb ketumbar
garam secukup rasa

Untuk hiasan :
daun sup & daun bawang - hiris halus
bawang goreng
ketupat instant/lontong dipotong dadu @ mee
bergedil
taugeh
ayam disiat-siat
sambal cili padi dicampur sedikit bawang putih dan kicap manis

Cara-cara membuatnya :
Tumis buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar, serai dan lengkuas. Tumis sampai wangi dan naik minyak.
Masukkan air dan ayam, masak dengan api yang sederhana selama setengah jam.
Keluarkan ayam, siat-siatkan.
Bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan ketupat instant/lontong/mee dan bahan-bahan hiasan yang lain.


Friday, October 2, 2009

Rendang Ayam

Masak rendang ayam ringkas cara emak senang saja, semua bahan dimasukkan ke dalam kuali, kacau sekali-sekala sampailah naik minyak. Sebelum tutup api, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus, kacau seminit dua. wallaa dah jadi pun. Nak pakai kerisik boleh, tak pakai pun takpa ..sedap juga. Kalau nak berdiet tak payahlah nak tambah kerisik lagi.. santannya tu pun dah muai dengan lemak..aduuhai la badan..
Tu dia gambar dalam kuali, tengah mendidih dan naik minyak...

Rendang Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam besar

bahan kisar:
4 @ 5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 btg serai

2 camb cili kering kisar (blh tambah sekiranya suka pedas)

500 gm santan (1 pct)
1/2 biji kelapa dibuat kerisik (optional)
3 kpg asam gelugur
2 helai daun kunyit (di mayang halus)
3 helai daun limau purut

Cara membuatnya :
Masukkan kesemua bahan2 kisar, cili kering kisar, santan, ayam dan asam keping kedalam kuali. Masak sampai mendidih hingga keluar minyak sambil di kacau sekali sekala.  Masukkan garam secukup rasa. Setelah kuahnya sedikit pekat masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seminit dua. Tutup api kemudian bolehlah dihidangkan.

Monday, September 28, 2009

Rendang Daging

Juadah pertama kusediakan untuk hari raya ini ialah Rendang Daging . Resepi asal dari Allahyarhamah emak cuma ditambah satu lagi bahan, hasil permerhatianku dari chef restaurant untuk menjadikan ianya lebih berasa. Dan sememangnya restaurant itu terkenal dengan rendang dagingnya yang enak.
Bahannya ialah.. B E L A C H A N.. (sebelum ini tak pernah masak rendang pakai belachan).

Tetapi sayang terlupa nak ambil gambar. Lain kali akan di paparkan gambarnya di sini.
Hampir 70%  telah di hantar ke rumah mak mertua setelah memasaknya. Selainnya di habiskan oleh anak-anakku sehinggakan suami ku tak sempat untuk menjamahnya.. kesian.

Rendang Daging
Bahan-bahannya:
2 kg daging lembu

bahan-bahan untuk dikisar :-
8 biji buah keras
2 inci lengkuas
2 inci halia
8 batang serai
2 inci belachan
30 biji bawang kecil @ 5 biji bawang besar

4 camb cili kering kisar
1000ml santan - 2 pkt(500ml) 
1 biji kelapa dibuat kerisik - sangar sampai perang gelap kemudian tumbuk sampai keluar minyak
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit - lipat, gulung hiris nipis
4 helai daun limau purut
2 camb gula hitam
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Masukkan daging, bahan-bahan kisar, cili kisar dan santan kedalam kuali dengan api yang sederhana besar. Kacau rata.
Bila mendidih naik minyak masukkan garam, gula hitam dan asam keping. Kacau sekali sekala, apabila kuah hampir pekat masukkan daun limau purut, daun kunyit dan kerisik. Tutup api. Sekiranya mahukan rendang yang kering bolehlah dikacau lagi diatas api yang perlahan.

Emak..

Teringat Allahyarhamah ibuku Mariam bte Yahya, sibuk ianya menyediakan juadah hariraya.
Walau tenaga tuanya dimamah usia, bermacam juadah disediakan dari bahulu, putu kacang hijau, kuih muih hinggalah ke rendang, ketupat daun palas, wajik, lemang dan dodol.

Semua dibuatnya sendirian untuk menyambut kepulangan anak-anak yang dirinduinya dari rantauan.
Orangnya memang 'tidak tahu duduk diam' ada-ada saja kerja yang dilakukannya.
Tetapi tetap tidak pernah meninggal amal ibadatnya, solat-solat sunat, bacaan quraan dan kelas-kelas ugamanya.
Di sayangi sahabat handai jiran tetangga kerana kerendahan hati, keluhuran budi dan ramah mesranya.

Kasih sayangnya yang tidak berbelah-bagi kepada anak-anak.
Jelas terpancar keikhlasan hatinya, membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan.

Kerinduan sering mengamitmu, doa jua kutitipkan buatmu ibuku sayang. Wajah yang sering menjelma di dalam mimpiku, yang selalu ku nantikan dan yang selalu ku rindukan. Al Fatehah..