Saturday, October 10, 2009

Soto Ayam

Ringkas menyediakannya. Gambar kuah soto, ketupat instant sedang mendidih dan ayam untuk disiat-siatkan. Seperti biasa tak ada posing untuk hidangannya.
Tu dia dengan periuk2nya sekali di atas dapur hishh.. Yang sempat jer lah yea..

Soto Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam - potong lapan
20 biji buah pelaga
6 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik

Bahan utk dikisar:
2 inci halia
12 ulas bawang putih
6 biji bawang besar
12 biji buah keras
2 camb serbuk lada sulah
2 camb jintan halus
2 camb jintan kasar
4 camb ketumbar
garam secukup rasa

Untuk hiasan :
daun sup & daun bawang - hiris halus
bawang goreng
ketupat instant/lontong dipotong dadu @ mee
bergedil
taugeh
ayam disiat-siat
sambal cili padi dicampur sedikit bawang putih dan kicap manis

Cara-cara membuatnya :
Tumis buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar, serai dan lengkuas. Tumis sampai wangi dan naik minyak.
Masukkan air dan ayam, masak dengan api yang sederhana selama setengah jam.
Keluarkan ayam, siat-siatkan.
Bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan ketupat instant/lontong/mee dan bahan-bahan hiasan yang lain.


Friday, October 2, 2009

Rendang Ayam

Masak rendang ayam ringkas cara emak senang saja, semua bahan dimasukkan ke dalam kuali, kacau sekali-sekala sampailah naik minyak. Sebelum tutup api, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus, kacau seminit dua. wallaa dah jadi pun. Nak pakai kerisik boleh, tak pakai pun takpa ..sedap juga. Kalau nak berdiet tak payahlah nak tambah kerisik lagi.. santannya tu pun dah muai dengan lemak..aduuhai la badan..
Tu dia gambar dalam kuali, tengah mendidih dan naik minyak...

Rendang Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam besar

bahan kisar:
4 @ 5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 btg serai

2 camb cili kering kisar (blh tambah sekiranya suka pedas)

500 gm santan (1 pct)
1/2 biji kelapa dibuat kerisik (optional)
3 kpg asam gelugur
2 helai daun kunyit (di mayang halus)
3 helai daun limau purut

Cara membuatnya :
Masukkan kesemua bahan2 kisar, cili kering kisar, santan, ayam dan asam keping kedalam kuali. Masak sampai mendidih hingga keluar minyak sambil di kacau sekali sekala.  Masukkan garam secukup rasa. Setelah kuahnya sedikit pekat masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seminit dua. Tutup api kemudian bolehlah dihidangkan.