Friday, September 26, 2008

Kek Lapis Rempah

Kek lapis rempah ini dibuat malam tadi. Setelah ditukar resepinya menjadi pula kek ni. Ini masuk kali yang ketiga membuat kek lapis rempah, yang lepas-lepas tu terlalu lembab dan berminyak. Macam tak masak gitu. Berkat tidak berputus asa.. tadaa berjaya akhirnya. Kek lapis rempah kata orang senang  membuatnya sebab dia adalah kek lapis asas. Tapi bagi orang baru belajar, payah juga. Setelah dicuba beberapa resepi, resepi dari Chef Aini Salim dari keratan akhbar berita harian yang berjaya. 

Kek Lapis Rempah
Bahan2nya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
500 gm mentega
350 gm gula kastor
130 gm tepung naik sendiri
60 gram badam kisar (halus)
4 sudu makan susu manis
3 sudu makan rempah kuih
1 sudu teh esen vanilla

Caranya :
Pukul mentega dan susu hingga kembang, lalu ketepikan. Pukul putih telur hingga kaku lalu masukkan gula sedikit-sedikit dan terus dipukul hingga rata. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga putih dan pekat.
Masukkan mentega lalu digaul hingga rata baru masukkan tepung, badam dan rempah kuih kacau hingga rata.

Alaskan kertas dalam tin berukuran 10x7x3 (saya guna tin 8x8) dan sapukan mentega diatasnya. Bubuh satu senduk adunan kuih dan gril (buka api atas saja) hingga kuning. Tekan-tekan sedikit, sapukan sedikit mentega dan bubuh satu senduk lagi adunan lalu gril. Ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.

Untuk lapis penghabisan, matikan gril dan hidupkan api ketuhar (kedua api atas dan bawah) dan biarkan kek dalam ketuhar selama 5 hingga 10 minit.

Wednesday, September 24, 2008

Papantanda ke IKS Simpang Renggam, Johor dan deretan bas-bas dari Singapura.

Kelihatan kereta-kereta dari Singapura.Tempat yang popular di kalangan warga Singapura dan tempatan untuk membeli kuih-muih dan keropok-kerepek sebagai buah tangan ataupun secara borong.

Beratur panjang untuk membayar barangan yang dibeli. Juruwang yang sibuk melayan pelanggan.

Kuih, keropok dan kerepek yang kami beli. Anak-anak menunggu di dalam kereta, kepanasan.

Abang Long dan Shafiy bersiap untuk pulang. Baby Shafiy keletihan.

Monday, September 22, 2008

Kek Lapis Masam Manis

Kek lapis di bawah tu namanya kek lapis masam manis atau kek lapis haw flakes. Ianya sudah menjadi kegemaran anak-anak. Simpan sikit dalam icebox untuk buat sample, tak leh letak di luar, nanti kejap ada kejap tak ada. Sebelum tu ada juga buat dua jenis kek lapis iaitu kek lapis rempah dan kek lapis ice cream strawberry. Nampaknya suamiku lebih memilih kek lapis rempah dari yang lain.
Bagi eda lak semua suka.. tapi? ooo nak kena control.. nanti makin merendang lak. Bulan puasa ni patutnya turun berat badan dan lebih sihat tapi jadi sebaliknya pula.

Hmmm lepas ni nak buat apa yer..? mungkin nak buat kek lapis rempah lagilah sebab hari tu kek lapis rempahnya sangat lembab.. masuk icebox beberapa jam baru boleh potong.. Tapi, rasanya boleh tahan dan lapisnya cantik... cheewahh.
Ni nak kena buat experiment lagilah nii. Jangan tak jadi..
KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)
(Bro Rozzan)
Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Thursday, September 18, 2008

Biskut Chocolate Chips M&M


BISKUT CHOC CHIPS M&M

Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
360gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bicarbonate
100gm coklat chips

Cara-cara
Ayak tepung bersama soda bicarbonate.

Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan
esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan gaul rata.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris. Jarakkan sedikit antara satu sama lain. Hiaskan dengan coklat M&M.

Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C lebih kurang 20 min. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara. Senang jer..

Wednesday, September 17, 2008

Biskut Sarang Semut


BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahannya:
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara




Dari tuan yang empunya resepi kepada Mak Lang dan di sinabungankan ke blog eda.
First buat dua adunan habis tak sempat Hari Raya. Buat untuk kali kedua ni kena simpan dalam stor. Bukannya apa, kesian anak2 jengok-jengok tak dapat nak makan. Anak-anak memang suka biskut ni. Nanti raya bolehlah makan lagi.

BISKUT SHORTBREAD/CHOCO BATIK
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut
dikeluarkan nanti)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Tuesday, September 16, 2008

Biskut Permata Hatiku

Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam

Topping
coklat - double boil

Hiasan
manik2 berbentuk hati

Cara-caranya :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung2, serbuk penaik yang telah diayak dan serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai, terap dengan acuan hati, cucuk sedikit sebahagian dengan lidi untuk mendapat bentuk strawberry. Atur diatas loyang pembakar bakar pada suhu 180 C.
Setelah itu celup sebahagian biskut yang tidak dicucuk dengan coklat yang telah dicairkan dan tabur manik diatas coklat.
Setelah sejuk barulah disimpan kedalam botol.


Sunday, August 31, 2008

Assalamualaikum.. testing testing.. boleh gitu?
Camna nak mula kan ek? Bismillah.
Selalu jugak pergi melawat ke blog-blog yang lain, tapi cuma silent reader jer.
Nah sekarang baru nak cuba-cuba blogging, harap-harap dapat idea yang lebih baik.
Saya ni suka cuba-cuba resepi. Maklumlah ramai tentera yang nak makan. Sedap pun habis.. tak sedap pun habis..

O.Klah jumpa lagi.. Insyaallah.