Friday, September 26, 2008

Kek Lapis Rempah

Kek lapis rempah ini dibuat malam tadi. Setelah ditukar resepinya menjadi pula kek ni. Ini masuk kali yang ketiga membuat kek lapis rempah, yang lepas-lepas tu terlalu lembab dan berminyak. Macam tak masak gitu. Berkat tidak berputus asa.. tadaa berjaya akhirnya. Kek lapis rempah kata orang senang  membuatnya sebab dia adalah kek lapis asas. Tapi bagi orang baru belajar, payah juga. Setelah dicuba beberapa resepi, resepi dari Chef Aini Salim dari keratan akhbar berita harian yang berjaya. 

Kek Lapis Rempah
Bahan2nya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
500 gm mentega
350 gm gula kastor
130 gm tepung naik sendiri
60 gram badam kisar (halus)
4 sudu makan susu manis
3 sudu makan rempah kuih
1 sudu teh esen vanilla

Caranya :
Pukul mentega dan susu hingga kembang, lalu ketepikan. Pukul putih telur hingga kaku lalu masukkan gula sedikit-sedikit dan terus dipukul hingga rata. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga putih dan pekat.
Masukkan mentega lalu digaul hingga rata baru masukkan tepung, badam dan rempah kuih kacau hingga rata.

Alaskan kertas dalam tin berukuran 10x7x3 (saya guna tin 8x8) dan sapukan mentega diatasnya. Bubuh satu senduk adunan kuih dan gril (buka api atas saja) hingga kuning. Tekan-tekan sedikit, sapukan sedikit mentega dan bubuh satu senduk lagi adunan lalu gril. Ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.

Untuk lapis penghabisan, matikan gril dan hidupkan api ketuhar (kedua api atas dan bawah) dan biarkan kek dalam ketuhar selama 5 hingga 10 minit.

4 comments:

salizan said...

salam yong. bam mmg respek org yang pandai dan rajin buat kek lapis nih. mmg tak mampu dan tak sanggup nk membuatnye sebab kene kuor masuk oven banyak kali. tabik skit.. haittt!! :-D

Miedasix said...

haitt aligatokk..

shasha14779 said...

Hi i nak tanya kuning telor masuk semua sekali atau satu persatu?

shasha14779 said...

Hi i nak tanya kuning telor masuk semua sekali atau satu persatu?