Monday, September 22, 2008

Kek Lapis Masam Manis

Kek lapis di bawah tu namanya kek lapis masam manis atau kek lapis haw flakes. Ianya sudah menjadi kegemaran anak-anak. Simpan sikit dalam icebox untuk buat sample, tak leh letak di luar, nanti kejap ada kejap tak ada. Sebelum tu ada juga buat dua jenis kek lapis iaitu kek lapis rempah dan kek lapis ice cream strawberry. Nampaknya suamiku lebih memilih kek lapis rempah dari yang lain.
Bagi eda lak semua suka.. tapi? ooo nak kena control.. nanti makin merendang lak. Bulan puasa ni patutnya turun berat badan dan lebih sihat tapi jadi sebaliknya pula.

Hmmm lepas ni nak buat apa yer..? mungkin nak buat kek lapis rempah lagilah sebab hari tu kek lapis rempahnya sangat lembab.. masuk icebox beberapa jam baru boleh potong.. Tapi, rasanya boleh tahan dan lapisnya cantik... cheewahh.
Ni nak kena buat experiment lagilah nii. Jangan tak jadi..
KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)
(Bro Rozzan)
Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.